Wednesday, 14 December 2011

Perkahwinan Dan Rezeki


"Mak, saya nak kahwin dengan Milah."
"Umur baru 20 dah nak kahwin? Boleh ka kau tanggung dia?"
"Saya boleh kerja. Ulat dalam batu pun boleh hidup!"

Persoalan mengenai perkahwinan pada usia muda lebih cenderung kepada penceraian, tidak semestinya berlaku. Sebagai orang Islam, kita mesti percaya bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t; manusia hanya mampu meranang dan Allah yang menentukan segalanya. Jikan kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah terbaik untuk kita. Sebaliknya, jika kita berkahwin agak lewat mungkin ada hikmah disebaliknya. Namun, berikhtiarlah untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama.

Ramai yang menganggap bahawa berkahwin pada usia muda mengundang pelbagai masalah. Ini kerana, mungkin jada yang tidak mempunyai kerjaya yang kukuh sebagai persedian melangkah ke alam perkahwinan. Lalu, di mana hendak mencari punca rezeki? Ramai yang sependapat bahawa rezeki, ajal, serta jodoh telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita berada dalam di dalam kandungan lagi. pemikiran seperti ini telah munkin telah mendarah daging di dalam diri kita sejak ki\\dahulu lagi.

Hakikatnya rezeki merupakan takdir yang telah Allah tetapkan kadarnya. rezeki tidak terikat dengan adanya usaha manusia untuk mendapatkannya. Ramai orang yang beranggapan, mereka mempunyai kuasa untuk menentukan rezeki mereka sendiri. Rezeki yang diperolehi tidak semestinya hasil daripada usaha yang dilakukan, tetapi kerana telah ditetapkan Allah ke atas manusia (usaha hanya wasilah untuk mendapat rezeki).

cuba kita perhatikan berapa ramai yang telah berusaha dengan seluruh tenaga dan fikiran, tetapi rezeki tidak datang juga, bahkan ada yang terpaksa menanggung kerugian. Sebaliknya, rezeki itu datang mencurah-curah kepada seseorang tanpa melakukan sesuatu usaha apapun. Ini menunjukkan bahawa usaha tidak menjadi sebab untuk datangnya rezeki. Sesungguhnya, rezeki tidak berada di tangan manusia, bahkan Allah lah yang menentukannya dan memberi kepada hamba menurut kehendakNya.

Terdapat banyak ayat al-quran menegaskan secara pasti bahawa rezeki secara mutlak berada di tangan Allah dan Dia lah yang memberi rezeki yang dikehendaki.
kitab al-Quran ini., tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa; iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [surah al-baqarah:2-3]
Adapun Allah s.w.t mewajibkan hamba-hambanya berusaha untuk memperolehi rezeki, tetapi pada masa yang sama, kita perlu faham bahawa usaha dan ikhtiar itu bukanlah menjadi penyebab utama kepada datangnya rezeki. Namun, saya amat yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah.

-Wallahu'alam-
 
 
 

Sunday, 11 December 2011

Alhamdulillah Thankful to Allah b'coz i'm NIQABI

Alhamdulillah thanks to Allah again...

kerana memberi fiqa peluang untuk menjadi antara niqabi... Aminn ya Rabb..

Terima kasih kepada sahabat fiqa yg tak terhingga kerana menjawab segala kemusyikilan fiqa selama ari nie mengenai niqab..

terima kasih ats artikel yang diberikan..

Sebelum nie fiqa ade dapat tentagan mengenai masalah ni.. Alhamdulillah Allah nk bantu fiqa lagi.. family fiqa membenarkan.. Walapun fiqa ade dengar ura-ura yang tiak menyenangkan sampai tidak membenarkan fiqa pakai jubah + niqab tapi fiqa kuatkan diri fiqa jgk..

Mungkin yang nie jugak ujian untuk fiqa lagi kuat.. doakan fiqa sahabat semoga fiqa terus dan meneruskan perjuangan fiqa ini..

Ramai yang bertanyakan..
Ya, fiqa selesa pakai pakaian yang menutupi diri fiqa.. walau cuaca panas macam mana sekalipun.. Alhamdulillah fiqa dapat bertahan lagi2 fiqa pernah kena allergic kulit sebabkan tak tahan dengan panas.. But, alhamdulillah fiqa boleh menghadapinya sebab fiqa tau Allah nak uji fiqa untuk fiqa kuat menutup aurat dengan sempurna..

Sekarang nie fiqa tengah berjuang untuk menghabiskan sisa subjek fiqa yang tertinggal.. Allah itu Maha berkuasa, Dia menguji fiqa di masa fiqa betul2 lemah.. ade hikmahnya rupanya fiqa berada di kolej lagi..

Rupanya ade benda yang tersembunyi yang perlu fiqa tau... fiqa dapat anugerah yang nie.. Syukur..
fiqa kena berusaha untuk tamatkan diploma fiqa ni walaupon ramai yang nak menjatuhkan fiqa.. tapi fiqa masih ade Allah.. dengan usaha+pengorbanan fiqa nak bahagia family fiqa.. amin ya Allah..

Di samping tu doakan fiqa semoga cita2 fiqa dengan bakal zauj fiqa tercapai untuk membina masjid di jalan Mu Ya Allah..
Doakan kami supaya segala impian kami dipermudahkan.. Banyak rintangan.. banyak dugaan.. banyak jua cobaan...
Kuatkan kami ya Allah..

Pesanan dari kakak fiqa yang fiqa xkan lupa masa menasihati fiqa.. Die pesan dekat fiqa dan bakal zauj fiqa supaya mempercepatkan pernikahan.. bila kite erada alam pertunangan nie bisikan halus sentiasa ade dekat dengan kite untuk menjatuhkan kite, supaya kite tak jadi membina masjid kite.. SubhanaAllah ujiannya sgt kuat...

Doakan fiqa tuk terus menjadi niqabi+isteri yang solehah pada bakal zauj fiqa..
semoga urusan pernikahan kami dipermudahkan..


Friday, 2 December 2011

Allah sentiasa bersama kita



DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI


masa fiqa dengar lagu nie.. fiqa betul2 sebak + sedih.. betapa kerdilnya diri kita sebenarnya.. subhanaAllah..

sekarang fiqa cintakan pada sesuatu yg indah.. tapi fiqa dapat tentangan.. pe yg mampu fiqa lakukan.. fiqa ikutkan jgk kehendak mereka.. fiqa tak nak derhaka walau macam mana sekalipun..

untuk dapat keredhaan Allah bkn lah senang... subhanaAllah semoga fiqa sentiasa kuat..


Ibnu Abi Najih dari Mujahid mengatakan:
"Yang demikian itu, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu."
Mujahid berkata, 
"Mereka memakai jilbab,maka mereka diketahui bahwa mereka adalah wanita-wanita mulia,dan tidak ada orang fasik yang usil utk menganggunya."
Maksudnya di sini, jika mereka melihat wanita berhijab maka mereka tidak menggangunya dan jika mereka melihat wanita yang tabarruj mereka menggangunya. Dengan demikian jika seorang wanita ingin agar dirinya tidak diganggu maka hendaklah dia berjilbab. Adapun jika dia memang sengaja ingin untuk diganggu oleh orang-orang yang fasik itu maka pakailah pakaian semahunya. Namun janganlah salahkan siapa-siapa tapi hendaklah dia menyalahkan dirinya sendiri.. Wallahu'alam..




Monday, 14 November 2011

I LOVE YOU Dibibir Menyentuh Hati


Ungkapan I LOVE YOU atau SAYA CINTA KAMU daripada bibir suami bermaksud terima kasih kerana sudi menerimaku.

Potongan akhbar lama dikeluarkan satu persatu. Memang kegemaran Adam memotong mana-mana berita atau rencana yang menarik perhatian. Kemudian ia disimpan dalam fail khusus. Ada yang sudah bertahun lamanya, ada yang masih baru lagi.

Hawa memerhatikan adama yang khusyuk dengan keratan akhbar. Dicuit bahu Adam. Tersedar Adam lalu menoleh melihat siapa yang mencuitnya. Hawa dibelakangnya.

Hawa mengusik, " Tekun membaca nampaknya."

Adam memegang sehelai keratan akhbar. Selebihnya disimpan semula ke dalam fail.

Kata Adam, " Saya mencari motivasi cinta dari sebuah berita. moga-moga kita tidak leka dalam memberi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang kita kenali dalam hidup ini."

Adam merenung keratan akhbar dan menyambung bicara, "boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis dalam kata-kata terakhir yang terbaik daripada dirinya. Mulakan hari ini dengan kebaikan dan akhiri hari dengan kebahagian,"

Keratan akhbar ditangan diserahkan kepada Hawa.

I LOVE YOU tidak akan dilupakan
KUCHING 30 Julai- Warnidah Abdul Rahman, 32, isteri kepada manga terakhir yang ditemui terbunuh dalam nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bukit batu Tiban. Ulu Baleh. Kapit tidak akan dilupakan ungkapan I LOVE YOU yang dilafazkan oleh suaminya Sabtu lepas.
Menurutnya, kata-kata itu dinyatakan ketika suaminya, Ramli Jamal menghubunginya pada pukul 11.50pagi sebelum berangkat ke Long Singut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sempadan.
"Itulah perkataan romantik terakhir yang saya dengar daripada suami saya sebelum die meletakkan telefon," katanya di sini hari ini.
                                                                               Petikan utusan Malaysia 31 Julai 2005
"Sedihnya," kata Hawa selepas membaca keratan akhbar itu.

Balas Adam, " I LOVE YOU  juga adalah satu doa daripada suami dan penenang kepada isteri. Suaminya memberi mesej jelas sehingga akhir hayatnya isterinya itu telah melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka."

Bertanya Hawa, "Ada maksud lain perkataan ini apabila diucap oleh suami?"

Jelas Adam, "ungkapan I LOVE YOU atau saya cinta kamu dari bibir suaminya juga bermaksud terima kasih kerana sudi menerimaku, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripadaku, dan terima kasih kerana menjadi wajah kebahagian sepanjang hayatku." 

Adam menjelaskan, "Perkataan I LOVE YOU itu tidak semestinya diucap. Tetapi perbuatan suami juga menunjukkan rasa cintanya sehingga akhir hayat. Malah pada akhir hayat sekalipun suami mencari-cari perkara akhir yang ingin dikongsikan bersama isteri. Seperti perbuatan Nabi Muhammad pada akhir hayatnya juga tanda rasa cinta kepada isterinya,"

Hawa bertanya, "Mengapa nabi Muhammad s.a.w tinggal di rumah Aisyah sampai beliau meninggal dunia dan tidak di rumah isteri-isteri beliau yang lain, padahal isteri yang lain berhak juga mendapat giliran?"

Suaminya menjawab, " Memang benar isteri-isteri beliau yang lain berhak mendapat giliran, tetapi mereka telah menyerahkan kepada beliau sama ada mahu tinggal bergilir-gilir tinggal dirumah salah seorang dari mereka. maka nabi memilih untuk terus tinggal dirumah Aisyah."

Hawa berkata, "apa yang awak sebutkan itu sekadar menjawab bagaimana bermulanya nabi tinggal dirumah aisyah. Tentu ada sebab khusus mengapa beliau membuat keputusan tersebut."

Adam berkata " Sayang tentulah telah sedia maklum Aisyah bukan sahaja seorang yang mahir dalam ilmu perubatan serta pintar dan tajam pemahamannya, tetapi juga seorang yang mampu berijtihad, iaitu seseorang yang mampu mengkaji fakta dan kemudian membuat tafsiran sendiri dalam bidang agama. Di samping beliau mahu aisyah merawatnya kerana kepakaran Aisyah merawat orang sakit, tetapi juga Nabi Muhammad mahu supaya isteinya melihat dan memahami hadis ucapan serta perbuatan beliau pada hari-hari terakhirnya." 

Hawa bertanya, " maksud awak keputusan nabi untuk berada di rumah isteri beliau yang mana pun demi kepentingan agama Islam?"

Adam berkata, "Bukankah beliau utusan tuhan? bukankah kepentingan yang ada pada diri utusan Tuhan adalah kepentingan yang ada pada diri utusan Tuhan adalah kepentingan agama semata-mata?"

Hawa bertanya lanjut, " akan tetapi bukan bermakna tiada panduan bagi para isteri dalam istimewa ini kerana Aisyah juga seorang isteri kepada seorang suami?"

Adam menjawab, " Sudah tentulah ada peristiwa penting bagi para isteri. Saya percaya antara panduan penting para isteri adalah hakikat bahawa isteri merawat suami yang sedang sakit. Tidak semestinya semasa sakit berat ataupun sakit sebelum amti sahaja, tetapi juga ketika suami sakit ringan ataupun terlalu penat."

Hawa bertanya, " Bolehkah seorang isteri tidak merawat suaminya, tetapi die mengupah orang lain merawat suaminya?"

Adam berkata, "Apabila saya sakit kelak, saya relakan awak upah orang lain untuk merawat saya, tetapi dengan satu syarat."

Sebelem sempat suaminya selesai berkata, Hawa memotong cakapnya dengan berkata, "apa syaratnya?"

Dengan senyum simpul Adam menjawab, "Syaratnya adalah orang yang merawat saya itu adalah seorang wanita bujang ataupun janda yang sebaya dengan saya ataupun lebih muda dari awak."

Hawa mengetap bibirnya sambil berkata, "memang dasar lelaki!"

Hawa berpaling dari suaminya, manakala suaminya pula ketawa berdekah-dekah. Adam tiba-tiba berhenti ketawa dan terdiam seketika. Apa yang pasti Adam memerlukan masa memujuk hati isterinya yang sedang merajuk itu.

isteri dalam keadaan sihat dan dalam keadaan sakit si suami, tetap menjadi penawar hati. Kehadiran isteri sentiasa menjadi keceriaan kepada suami.

Rawatlah suami yang sedang sakit bagaimana Aisyah merawat Nabi Muhammad yang sedang sakit. Kenangkanlah peristiwa Aisyah menyapu perlahan-perlahan tangan Nabi Muhammad dengan membaca doa yang bermaksud, "Hilangkanlahbahaya, wahai tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana Engkaulah satu-satunya penyembuh, tiada yang sembuh kecuali dengan izinMu, sembuh dan tidak meninggalkan kesan sakit lagi."

Boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis adalah kata-kata yang terakhir yang terbaik daripada dirinya. Mulakan hari ini dengan kebaikan dan akhiri dengan kebahagian.

Thursday, 10 November 2011

Ujian

*menangis*

mengenangkan peristiwa yg berlaku tadi dan berlaku semalam..

"Ya Allah berikanlah terus kekuatan bagi diriku ini.. Aku tidak kuat Ya Allah"

musibah datang bertimpa2 dalam 1 masa yang singkat.. 

SubhanaAllah..

Aku tidak terdaya berjuang lagi, aku tidak mampu berhadapan dengan segala tomahan..

Tapi ku gagahkn diriku juaa..

Adakalanya aku terfikir.. Ape kesalahanku yg terdahulu ku lakukan sehingga aku diberi ujian sebegini rupa.. 

*air mata mula membasahi pipiku*

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakan" [al-baqarah:286]

ayat nie aku pegang sentiasa dalam setiap pe yg berlaku..

tapi..

salahkah kita membuat sesuatu perkara yg baik..

Ya Allah... *sebak*

insan yg bertudung labuh di pandang hina, dicaci, diperlekehkan dan dipersendakan..

jijik kah mereka yg bertudung labuh..

sehingga di caci dan di cela..

berpuas ati kah membuat seseorang itu berasa kecik hati dan kecewa..


Bila kite membuat sesuatu perkara, kite duduk kembali ditempat mereka yg kite kata.. 

rasa sakitnya tu pedihkan.. tapi kenapa mesti kite membuat macam tu pada mereka. 

insan yg bertudung labuh itu tidak mintak duit anda 1 sen pon apth lg meminta belas 

kasihan untuk anda belikan mereka kain untuk membuat tudung labuh.. tidakkan tapi 


kenapa mesti diperlekehkan..


aku rasa sangat2 kecewa dan sedih.. mereka tidak bersalah.. kenapa mesti kite tidak kata 

apa2 pada mereka yg memakai ats dada, baju ketat sampai menampakkan susuk badanny..

mereka yg sedemikian dibangga2kn, dipuja2.. sedangkan mereka yg mengikut suruhan 

Allah s.w.t diperlekehkan dihadapan orang ramai..


Aku perlu kuat.. semakin dekat untuk melangkah ke alam perkahwinan semakin banyak 

rintangan dan ujian yg harusku hadapi..

dengan kekuatan yg aku ade nie doakanlah semoga aku menjadi seorang yg lebih kuat..

lebih yakin dengan pe jua yang aku lakukan dengan nawaitu hanya kerana Allah s.w.t

sekiranya aku dihina lagi.. aku kena kuat pertarungkannya.. inshaAllah


*sebak + menangis*

Tuesday, 11 October 2011

Zaman Praktikal...

hehehe.. hiii u all..

tibe-tibe2 kan..

yelaaa mesti laa tibe.. beberapa saat yang lepas kite kata kite kosong laa ape laa..

sekarang nie tibe-tibe dapat mood baru.. hihi.. terkenangkan masa zaman praktikal dolu-dolu..

masa tu tahun lepas la.. lama da kan.. setahun da berlalu.. but, fiqa stil tak lupakan warga JAIPK [jabatan agama islam perak]

sebab apa tak boleh lupa sebab kat situ laa fiqa dgn bobo kena usik dengan staff yang lain..

hahaha..

staff yang salu usik fiqa masa tu..


huh abg nie laaa.. suke sangat usik time fiqa praktikal.. but thnx laa abg padil sebab datang jugak masa hari eprtunangan fiqa tu.. walaupon tak ajak secara official kan.. maap ampun yeaa warga Jaipk.. hehe

yg nie pulak merangkap abah kite masa praktikal tu.. heeh..


NO IMAGE

tiap kali pagi2 kalau kita lupa nak bagi salam lepas just say selamat pagi abah..

die pun mula laa kata "Assalamualaikum fiqa" mula laa kami tergelak mcm nk pecah pejabat tu.. hehe..

mana tak ny kita sorang je praktikal kt situ.. bes tau layanan diorang nie sume.. walau adakalanya ada pahit ku telan jua.. hihih..

Abah nie kan kalau kite tak ade keje lepas tu duduk depan meja die.. mesti die ceritakan pasal anak die .. sape lagi kan alaa yg skrg nie suke buli bobo kite masak tu laa..
hari2 nak suruh kite dengar anak die menghafaz.. lepas tu selalu puji anak die dekat kite katanye imam dekat masjid beruas masa bulan puasa thn lepas.. ishhh2, hebat.. kite dengar pon fuyoooo...

dalam diam2 abah nak satukan kite dgn ank die.. andaikata kalau kite tak ade dgn siapa2.. tapi nak buat macamana disebabkan selalu sangat kenakan kite dgn bobo.. dah jodoh kn.. hehe.. tak dpt laa nak satukan dgn ank abah.. sowi abah.. but u still my abah.. hehe..

abah best ape.. masa ade tilawah quran dekat parit buntar abah laa nak bwk fiqa dgn kak mas mkn gulai lemak ikan semilang.. sampai sekarang kempunan.. hihihi..

last2 bobo sy orang  parit buntar laa.. hihi.. orang kampung abah pulak tu.. hihi...

pape pon last but not least.. memang kenangan byk laa dekat jaipk tu... best sangat.. best lagi 1 sebab ape sebab kite yang palng muda antara yg lain.. hehe


akak2 yg kat belakang tu sume best2..

yg depan tu adik comel ok.. hehehe.. sebab kena angkat dulang masa apc [anugerah pekerja cemerlang]




NO IMAGE

 ok yang nie laa boss yang hari2 kena sign report book fiqa.. hihihi... tebal tu penat nk sign... lepas tu mintak cop kt abah.. hehe..


mekaseh cik Aini.. sebab bg markah yg best walaupon fiqa xdapat tahu berapa markah fiqa sebab cik aini da siap tampal dengan gam sebab tak bg fiqa tengok.. tapi tak pe lah.. fiqa dapat A+ untuk praktikal ni.. mekaseh warga jaipk tingkat 3... hehe..


sekian utk entry kali nie....

Ko$ong


Adakah ape yang fiqa lakukan itu adalah Salah.. di mana betulnya..??

Tibe-tibe..

menyepi seribu kata..

Tanpa bicara...

Dan terus sunyi...

Dan kisah lama terus membelengui diri..

Perasaan apakah ini


Hmm..


p/s: entry kali nie melambangkan hati yg zero.. mungkin anda tahu kot sebab ape.. kalau tak tahu.. teka laa sendiri.. tidak ada jwnpn kt sini utk diberitahukan.. sekin thnx singgah and baca entry kali nie yg agk bosan nie  siapplemerah blog

Sunday, 9 October 2011

Ber JIMBA...

Semalam bersamaan 8hb oktober 2011 


Birthday adik sepupu yg paling rapat masa kicik2 dulu..

Sekarang nie pon rapat jgk tapi dah besar kan xboleh nak bertumbuk bertampar lagi dah... hihihi


HAPPY BIRTHDAY ABDUL SYAFIQ..!!


HAPPY  SWEET 17...



nie laa die syafiq... yang d'maksudkan tu.. hehehe..


Kepada yang pernah tengok adik die yg pernah fiqa cite kan sebelum nie.. yang nie adik die yg begitu famous + Nakal..



peaceeee yooo...


budak kicik nie yang xberape nak kicik nie.. sangat laa bijak and nakal nauzubillah...


hihii...


Lepas je makan eskrem dekat ice room.. tu pon jenuh nak abis sebab kuantiti eskrem tu banyak sangat..


akibatnya tak abis.. depa jugak tolong abiskan tuk cheq.. hihi..


Lepas tu pe lagi kami pergi check in dekat tempat karoeke pulak.. kak sepupu belanja.. huhhu...


Bukan dunia sy karok2 nie.. da sepupu ajak nk meriahkan lg birthday boy nie.. kitaorang layan sampai 22 lagu... huhu.. t'bekkkk...



yeaahh, kami menyumbangkan lagu dengan suare sumbang kami...


sampaikan kami balik lenjun disebabkan hujan lebat yg teramat sangat kerana suara siapa... suara kami yg merdu... hihihi


akhirnya hari nie masing2....




thnx luangkan masa baca siapplemerah blog nie.. hihihihi


arioosss

Friday, 7 October 2011

Wordless Friday

Today is FRIDAY....

Ade ape dgn Hari Jumaat nie..

Orang pergi sembahyang jumaat tu semestinya..

Ape yang Best.. Mr.Bobo send 1 video yang die buat sendiri..

Oooh, so sweet....

ok, yang nie Muka depan Video tu... hantik tau...


Kan.. Sweet kn... Belum tengok video die lagi.. tapi tak payah laa ANDA tidak dibenarkan... fiqa sorang je blh tengok.. hehe

Nak tambah sikit kat sini...

Bobo kata die rindu sangat dekat anak buah die yang sorang nie..
siap die send lagi gambar anak buah die ni kat kite.. hehe

Yang nie masa gambar die kecik... 


Nie die da besar nak dekat setahun kot umo Qiesha nie.. hehe.. Da pandai sengih da die sekarang kan..


Tak lama lagi 2 minggu nak dapat anak buah lagi fiqa nie.. hehe..

kite tunggu kemunculannye... hhehe

Arioosss

Wednesday, 5 October 2011

M.a.k.a.N

Tadikan adik kak ipar kite belanja kitaorang makan dekat sini...


dekat area The curve Damansara..

ok laa not bad laa..

tp nak nasihat kan klo u all lapar nasi macam fiqa..

Jenuh laa balik tu duk perut ber dondang sayang sebab lapar balik.. hihihi

ape2 pon thnx alot memang best pun makan tadi sebab die ade mash potato.. tapi kalau kite order lamb chop ke ikan salmon ke.. die orang pasti akan hidang kn sekali 



dengan pelbagai perisa hot & spicy pon ade.. macam2 ade... best sangat mekaseh sebab belanja kami makan tadi.. kenyang jugak.. tapi untuk masa tu laa lepas tu rasa lapar balik..

 tapi takut nak turun bawah sebab da lewat malam.. hihihi

ok laa tata... Sweet Dream