Monday 14 November 2011

I LOVE YOU Dibibir Menyentuh Hati


Ungkapan I LOVE YOU atau SAYA CINTA KAMU daripada bibir suami bermaksud terima kasih kerana sudi menerimaku.

Potongan akhbar lama dikeluarkan satu persatu. Memang kegemaran Adam memotong mana-mana berita atau rencana yang menarik perhatian. Kemudian ia disimpan dalam fail khusus. Ada yang sudah bertahun lamanya, ada yang masih baru lagi.

Hawa memerhatikan adama yang khusyuk dengan keratan akhbar. Dicuit bahu Adam. Tersedar Adam lalu menoleh melihat siapa yang mencuitnya. Hawa dibelakangnya.

Hawa mengusik, " Tekun membaca nampaknya."

Adam memegang sehelai keratan akhbar. Selebihnya disimpan semula ke dalam fail.

Kata Adam, " Saya mencari motivasi cinta dari sebuah berita. moga-moga kita tidak leka dalam memberi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang kita kenali dalam hidup ini."

Adam merenung keratan akhbar dan menyambung bicara, "boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis dalam kata-kata terakhir yang terbaik daripada dirinya. Mulakan hari ini dengan kebaikan dan akhiri hari dengan kebahagian,"

Keratan akhbar ditangan diserahkan kepada Hawa.

I LOVE YOU tidak akan dilupakan
KUCHING 30 Julai- Warnidah Abdul Rahman, 32, isteri kepada manga terakhir yang ditemui terbunuh dalam nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bukit batu Tiban. Ulu Baleh. Kapit tidak akan dilupakan ungkapan I LOVE YOU yang dilafazkan oleh suaminya Sabtu lepas.
Menurutnya, kata-kata itu dinyatakan ketika suaminya, Ramli Jamal menghubunginya pada pukul 11.50pagi sebelum berangkat ke Long Singut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sempadan.
"Itulah perkataan romantik terakhir yang saya dengar daripada suami saya sebelum die meletakkan telefon," katanya di sini hari ini.
                                                                               Petikan utusan Malaysia 31 Julai 2005
"Sedihnya," kata Hawa selepas membaca keratan akhbar itu.

Balas Adam, " I LOVE YOU  juga adalah satu doa daripada suami dan penenang kepada isteri. Suaminya memberi mesej jelas sehingga akhir hayatnya isterinya itu telah melakukan yang terbaik dalam hubungan mereka."

Bertanya Hawa, "Ada maksud lain perkataan ini apabila diucap oleh suami?"

Jelas Adam, "ungkapan I LOVE YOU atau saya cinta kamu dari bibir suaminya juga bermaksud terima kasih kerana sudi menerimaku, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripadaku, dan terima kasih kerana menjadi wajah kebahagian sepanjang hayatku." 

Adam menjelaskan, "Perkataan I LOVE YOU itu tidak semestinya diucap. Tetapi perbuatan suami juga menunjukkan rasa cintanya sehingga akhir hayat. Malah pada akhir hayat sekalipun suami mencari-cari perkara akhir yang ingin dikongsikan bersama isteri. Seperti perbuatan Nabi Muhammad pada akhir hayatnya juga tanda rasa cinta kepada isterinya,"

Hawa bertanya, "Mengapa nabi Muhammad s.a.w tinggal di rumah Aisyah sampai beliau meninggal dunia dan tidak di rumah isteri-isteri beliau yang lain, padahal isteri yang lain berhak juga mendapat giliran?"

Suaminya menjawab, " Memang benar isteri-isteri beliau yang lain berhak mendapat giliran, tetapi mereka telah menyerahkan kepada beliau sama ada mahu tinggal bergilir-gilir tinggal dirumah salah seorang dari mereka. maka nabi memilih untuk terus tinggal dirumah Aisyah."

Hawa berkata, "apa yang awak sebutkan itu sekadar menjawab bagaimana bermulanya nabi tinggal dirumah aisyah. Tentu ada sebab khusus mengapa beliau membuat keputusan tersebut."

Adam berkata " Sayang tentulah telah sedia maklum Aisyah bukan sahaja seorang yang mahir dalam ilmu perubatan serta pintar dan tajam pemahamannya, tetapi juga seorang yang mampu berijtihad, iaitu seseorang yang mampu mengkaji fakta dan kemudian membuat tafsiran sendiri dalam bidang agama. Di samping beliau mahu aisyah merawatnya kerana kepakaran Aisyah merawat orang sakit, tetapi juga Nabi Muhammad mahu supaya isteinya melihat dan memahami hadis ucapan serta perbuatan beliau pada hari-hari terakhirnya." 

Hawa bertanya, " maksud awak keputusan nabi untuk berada di rumah isteri beliau yang mana pun demi kepentingan agama Islam?"

Adam berkata, "Bukankah beliau utusan tuhan? bukankah kepentingan yang ada pada diri utusan Tuhan adalah kepentingan yang ada pada diri utusan Tuhan adalah kepentingan agama semata-mata?"

Hawa bertanya lanjut, " akan tetapi bukan bermakna tiada panduan bagi para isteri dalam istimewa ini kerana Aisyah juga seorang isteri kepada seorang suami?"

Adam menjawab, " Sudah tentulah ada peristiwa penting bagi para isteri. Saya percaya antara panduan penting para isteri adalah hakikat bahawa isteri merawat suami yang sedang sakit. Tidak semestinya semasa sakit berat ataupun sakit sebelum amti sahaja, tetapi juga ketika suami sakit ringan ataupun terlalu penat."

Hawa bertanya, " Bolehkah seorang isteri tidak merawat suaminya, tetapi die mengupah orang lain merawat suaminya?"

Adam berkata, "Apabila saya sakit kelak, saya relakan awak upah orang lain untuk merawat saya, tetapi dengan satu syarat."

Sebelem sempat suaminya selesai berkata, Hawa memotong cakapnya dengan berkata, "apa syaratnya?"

Dengan senyum simpul Adam menjawab, "Syaratnya adalah orang yang merawat saya itu adalah seorang wanita bujang ataupun janda yang sebaya dengan saya ataupun lebih muda dari awak."

Hawa mengetap bibirnya sambil berkata, "memang dasar lelaki!"

Hawa berpaling dari suaminya, manakala suaminya pula ketawa berdekah-dekah. Adam tiba-tiba berhenti ketawa dan terdiam seketika. Apa yang pasti Adam memerlukan masa memujuk hati isterinya yang sedang merajuk itu.

isteri dalam keadaan sihat dan dalam keadaan sakit si suami, tetap menjadi penawar hati. Kehadiran isteri sentiasa menjadi keceriaan kepada suami.

Rawatlah suami yang sedang sakit bagaimana Aisyah merawat Nabi Muhammad yang sedang sakit. Kenangkanlah peristiwa Aisyah menyapu perlahan-perlahan tangan Nabi Muhammad dengan membaca doa yang bermaksud, "Hilangkanlahbahaya, wahai tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana Engkaulah satu-satunya penyembuh, tiada yang sembuh kecuali dengan izinMu, sembuh dan tidak meninggalkan kesan sakit lagi."

Boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis adalah kata-kata yang terakhir yang terbaik daripada dirinya. Mulakan hari ini dengan kebaikan dan akhiri dengan kebahagian.

Thursday 10 November 2011

Ujian

*menangis*

mengenangkan peristiwa yg berlaku tadi dan berlaku semalam..

"Ya Allah berikanlah terus kekuatan bagi diriku ini.. Aku tidak kuat Ya Allah"

musibah datang bertimpa2 dalam 1 masa yang singkat.. 

SubhanaAllah..

Aku tidak terdaya berjuang lagi, aku tidak mampu berhadapan dengan segala tomahan..

Tapi ku gagahkn diriku juaa..

Adakalanya aku terfikir.. Ape kesalahanku yg terdahulu ku lakukan sehingga aku diberi ujian sebegini rupa.. 

*air mata mula membasahi pipiku*

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakan" [al-baqarah:286]

ayat nie aku pegang sentiasa dalam setiap pe yg berlaku..

tapi..

salahkah kita membuat sesuatu perkara yg baik..

Ya Allah... *sebak*

insan yg bertudung labuh di pandang hina, dicaci, diperlekehkan dan dipersendakan..

jijik kah mereka yg bertudung labuh..

sehingga di caci dan di cela..

berpuas ati kah membuat seseorang itu berasa kecik hati dan kecewa..


Bila kite membuat sesuatu perkara, kite duduk kembali ditempat mereka yg kite kata.. 

rasa sakitnya tu pedihkan.. tapi kenapa mesti kite membuat macam tu pada mereka. 

insan yg bertudung labuh itu tidak mintak duit anda 1 sen pon apth lg meminta belas 

kasihan untuk anda belikan mereka kain untuk membuat tudung labuh.. tidakkan tapi 


kenapa mesti diperlekehkan..


aku rasa sangat2 kecewa dan sedih.. mereka tidak bersalah.. kenapa mesti kite tidak kata 

apa2 pada mereka yg memakai ats dada, baju ketat sampai menampakkan susuk badanny..

mereka yg sedemikian dibangga2kn, dipuja2.. sedangkan mereka yg mengikut suruhan 

Allah s.w.t diperlekehkan dihadapan orang ramai..


Aku perlu kuat.. semakin dekat untuk melangkah ke alam perkahwinan semakin banyak 

rintangan dan ujian yg harusku hadapi..

dengan kekuatan yg aku ade nie doakanlah semoga aku menjadi seorang yg lebih kuat..

lebih yakin dengan pe jua yang aku lakukan dengan nawaitu hanya kerana Allah s.w.t

sekiranya aku dihina lagi.. aku kena kuat pertarungkannya.. inshaAllah


*sebak + menangis*