Wednesday 14 December 2011

Perkahwinan Dan Rezeki


"Mak, saya nak kahwin dengan Milah."
"Umur baru 20 dah nak kahwin? Boleh ka kau tanggung dia?"
"Saya boleh kerja. Ulat dalam batu pun boleh hidup!"

Persoalan mengenai perkahwinan pada usia muda lebih cenderung kepada penceraian, tidak semestinya berlaku. Sebagai orang Islam, kita mesti percaya bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t; manusia hanya mampu meranang dan Allah yang menentukan segalanya. Jikan kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah terbaik untuk kita. Sebaliknya, jika kita berkahwin agak lewat mungkin ada hikmah disebaliknya. Namun, berikhtiarlah untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama.

Ramai yang menganggap bahawa berkahwin pada usia muda mengundang pelbagai masalah. Ini kerana, mungkin jada yang tidak mempunyai kerjaya yang kukuh sebagai persedian melangkah ke alam perkahwinan. Lalu, di mana hendak mencari punca rezeki? Ramai yang sependapat bahawa rezeki, ajal, serta jodoh telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita berada dalam di dalam kandungan lagi. pemikiran seperti ini telah munkin telah mendarah daging di dalam diri kita sejak ki\\dahulu lagi.

Hakikatnya rezeki merupakan takdir yang telah Allah tetapkan kadarnya. rezeki tidak terikat dengan adanya usaha manusia untuk mendapatkannya. Ramai orang yang beranggapan, mereka mempunyai kuasa untuk menentukan rezeki mereka sendiri. Rezeki yang diperolehi tidak semestinya hasil daripada usaha yang dilakukan, tetapi kerana telah ditetapkan Allah ke atas manusia (usaha hanya wasilah untuk mendapat rezeki).

cuba kita perhatikan berapa ramai yang telah berusaha dengan seluruh tenaga dan fikiran, tetapi rezeki tidak datang juga, bahkan ada yang terpaksa menanggung kerugian. Sebaliknya, rezeki itu datang mencurah-curah kepada seseorang tanpa melakukan sesuatu usaha apapun. Ini menunjukkan bahawa usaha tidak menjadi sebab untuk datangnya rezeki. Sesungguhnya, rezeki tidak berada di tangan manusia, bahkan Allah lah yang menentukannya dan memberi kepada hamba menurut kehendakNya.

Terdapat banyak ayat al-quran menegaskan secara pasti bahawa rezeki secara mutlak berada di tangan Allah dan Dia lah yang memberi rezeki yang dikehendaki.
kitab al-Quran ini., tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa; iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [surah al-baqarah:2-3]
Adapun Allah s.w.t mewajibkan hamba-hambanya berusaha untuk memperolehi rezeki, tetapi pada masa yang sama, kita perlu faham bahawa usaha dan ikhtiar itu bukanlah menjadi penyebab utama kepada datangnya rezeki. Namun, saya amat yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah.

-Wallahu'alam-
 
 
 

Sunday 11 December 2011

Alhamdulillah Thankful to Allah b'coz i'm NIQABI

Alhamdulillah thanks to Allah again...

kerana memberi fiqa peluang untuk menjadi antara niqabi... Aminn ya Rabb..

Terima kasih kepada sahabat fiqa yg tak terhingga kerana menjawab segala kemusyikilan fiqa selama ari nie mengenai niqab..

terima kasih ats artikel yang diberikan..

Sebelum nie fiqa ade dapat tentagan mengenai masalah ni.. Alhamdulillah Allah nk bantu fiqa lagi.. family fiqa membenarkan.. Walapun fiqa ade dengar ura-ura yang tiak menyenangkan sampai tidak membenarkan fiqa pakai jubah + niqab tapi fiqa kuatkan diri fiqa jgk..

Mungkin yang nie jugak ujian untuk fiqa lagi kuat.. doakan fiqa sahabat semoga fiqa terus dan meneruskan perjuangan fiqa ini..

Ramai yang bertanyakan..
Ya, fiqa selesa pakai pakaian yang menutupi diri fiqa.. walau cuaca panas macam mana sekalipun.. Alhamdulillah fiqa dapat bertahan lagi2 fiqa pernah kena allergic kulit sebabkan tak tahan dengan panas.. But, alhamdulillah fiqa boleh menghadapinya sebab fiqa tau Allah nak uji fiqa untuk fiqa kuat menutup aurat dengan sempurna..

Sekarang nie fiqa tengah berjuang untuk menghabiskan sisa subjek fiqa yang tertinggal.. Allah itu Maha berkuasa, Dia menguji fiqa di masa fiqa betul2 lemah.. ade hikmahnya rupanya fiqa berada di kolej lagi..

Rupanya ade benda yang tersembunyi yang perlu fiqa tau... fiqa dapat anugerah yang nie.. Syukur..
fiqa kena berusaha untuk tamatkan diploma fiqa ni walaupon ramai yang nak menjatuhkan fiqa.. tapi fiqa masih ade Allah.. dengan usaha+pengorbanan fiqa nak bahagia family fiqa.. amin ya Allah..

Di samping tu doakan fiqa semoga cita2 fiqa dengan bakal zauj fiqa tercapai untuk membina masjid di jalan Mu Ya Allah..
Doakan kami supaya segala impian kami dipermudahkan.. Banyak rintangan.. banyak dugaan.. banyak jua cobaan...
Kuatkan kami ya Allah..

Pesanan dari kakak fiqa yang fiqa xkan lupa masa menasihati fiqa.. Die pesan dekat fiqa dan bakal zauj fiqa supaya mempercepatkan pernikahan.. bila kite erada alam pertunangan nie bisikan halus sentiasa ade dekat dengan kite untuk menjatuhkan kite, supaya kite tak jadi membina masjid kite.. SubhanaAllah ujiannya sgt kuat...

Doakan fiqa tuk terus menjadi niqabi+isteri yang solehah pada bakal zauj fiqa..
semoga urusan pernikahan kami dipermudahkan..


Friday 2 December 2011

Allah sentiasa bersama kita



DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI


masa fiqa dengar lagu nie.. fiqa betul2 sebak + sedih.. betapa kerdilnya diri kita sebenarnya.. subhanaAllah..

sekarang fiqa cintakan pada sesuatu yg indah.. tapi fiqa dapat tentangan.. pe yg mampu fiqa lakukan.. fiqa ikutkan jgk kehendak mereka.. fiqa tak nak derhaka walau macam mana sekalipun..

untuk dapat keredhaan Allah bkn lah senang... subhanaAllah semoga fiqa sentiasa kuat..


Ibnu Abi Najih dari Mujahid mengatakan:
"Yang demikian itu, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu."
Mujahid berkata, 
"Mereka memakai jilbab,maka mereka diketahui bahwa mereka adalah wanita-wanita mulia,dan tidak ada orang fasik yang usil utk menganggunya."
Maksudnya di sini, jika mereka melihat wanita berhijab maka mereka tidak menggangunya dan jika mereka melihat wanita yang tabarruj mereka menggangunya. Dengan demikian jika seorang wanita ingin agar dirinya tidak diganggu maka hendaklah dia berjilbab. Adapun jika dia memang sengaja ingin untuk diganggu oleh orang-orang yang fasik itu maka pakailah pakaian semahunya. Namun janganlah salahkan siapa-siapa tapi hendaklah dia menyalahkan dirinya sendiri.. Wallahu'alam..