Wednesday 14 December 2011

Perkahwinan Dan Rezeki


"Mak, saya nak kahwin dengan Milah."
"Umur baru 20 dah nak kahwin? Boleh ka kau tanggung dia?"
"Saya boleh kerja. Ulat dalam batu pun boleh hidup!"

Persoalan mengenai perkahwinan pada usia muda lebih cenderung kepada penceraian, tidak semestinya berlaku. Sebagai orang Islam, kita mesti percaya bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t; manusia hanya mampu meranang dan Allah yang menentukan segalanya. Jikan kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah terbaik untuk kita. Sebaliknya, jika kita berkahwin agak lewat mungkin ada hikmah disebaliknya. Namun, berikhtiarlah untuk mencari pasangan hidup yang memenuhi tuntutan agama.

Ramai yang menganggap bahawa berkahwin pada usia muda mengundang pelbagai masalah. Ini kerana, mungkin jada yang tidak mempunyai kerjaya yang kukuh sebagai persedian melangkah ke alam perkahwinan. Lalu, di mana hendak mencari punca rezeki? Ramai yang sependapat bahawa rezeki, ajal, serta jodoh telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita berada dalam di dalam kandungan lagi. pemikiran seperti ini telah munkin telah mendarah daging di dalam diri kita sejak ki\\dahulu lagi.

Hakikatnya rezeki merupakan takdir yang telah Allah tetapkan kadarnya. rezeki tidak terikat dengan adanya usaha manusia untuk mendapatkannya. Ramai orang yang beranggapan, mereka mempunyai kuasa untuk menentukan rezeki mereka sendiri. Rezeki yang diperolehi tidak semestinya hasil daripada usaha yang dilakukan, tetapi kerana telah ditetapkan Allah ke atas manusia (usaha hanya wasilah untuk mendapat rezeki).

cuba kita perhatikan berapa ramai yang telah berusaha dengan seluruh tenaga dan fikiran, tetapi rezeki tidak datang juga, bahkan ada yang terpaksa menanggung kerugian. Sebaliknya, rezeki itu datang mencurah-curah kepada seseorang tanpa melakukan sesuatu usaha apapun. Ini menunjukkan bahawa usaha tidak menjadi sebab untuk datangnya rezeki. Sesungguhnya, rezeki tidak berada di tangan manusia, bahkan Allah lah yang menentukannya dan memberi kepada hamba menurut kehendakNya.

Terdapat banyak ayat al-quran menegaskan secara pasti bahawa rezeki secara mutlak berada di tangan Allah dan Dia lah yang memberi rezeki yang dikehendaki.
kitab al-Quran ini., tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa; iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [surah al-baqarah:2-3]
Adapun Allah s.w.t mewajibkan hamba-hambanya berusaha untuk memperolehi rezeki, tetapi pada masa yang sama, kita perlu faham bahawa usaha dan ikhtiar itu bukanlah menjadi penyebab utama kepada datangnya rezeki. Namun, saya amat yakin bahawa rezeki itu datangnya dari Allah.

-Wallahu'alam-
 
 
 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment