Monday, 11 April 2011

<<< Purdah+Niqab >>>




Q: kenapa kamu tidak memakai purdah sedangkan kamu sudah membuat kajian bahawa pemakaian purdah adalah wajib pada zaman sekarang..?

A: Setelah saya membuat kajian kenapa purdah menjadi topik hangat pada masa sekarang kerana ada yang memakai purdah hanya mengikut trend, lagi2 bila cerita Ayat-ayat cinta tengah hot dekat pasaran pada masa tu.. budak2 remaja macam saya ramai yg pakai kerana nak ikutkan perwatakan 'aisyah' dlm cerita tu.. tp d'engtkan juga pemakaian purdah nie bkn hanya memakai purdah utk sehari dua... kalau tidak bersedia dan tidak istiqamah btl2.. baik hentikan.. kerana apabila org yang membawa imej berpurdah nie melakukan sesuatu perkara yg tidak baik akan memberi impak yg besar terhadap segelintir  yang memakai purdah dgn niat btl.. Bagaikan kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga..

A: [copyright from http://ustazazhar.com/v1/fiqh/pemakaian-purdah.html

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.
Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.
Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.
Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.
Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya. 
walahua'lam..



Hukum pemakaian purdah adalah diturunkan khas untuk isteri-isteri nabi.

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (hijab). Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya)
di sisi Allah.” ( al-Ahzab : 53)

Ayat tersebut dinyatakan tentang isteri-isteri Nabi dan khusus bagi mereka; tidak ada hubungannya dengan kaum Muslimah atau wanita mana pun selain isteri-isteri Nabi SAW. Yang memperkuat bahawa ayat tersebut khusus ditujukan bagi isteri-isteri Rasul SAW adalah hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, ia menuturkan

“Aku sedang makan bersama Nabi SAW dalam sebuah mangkuk ceper dan besar. Lalu ‘Umar lalu. Maka Nabi pun memanggilnya lalu ia pun ikut makan. Jari-jemarinya menyentuh jari-jemariku. Maka ‘Umar lantas berkata, “Ah, andai saja ditaati, niscaya tidak satu mata pun yang akan memandang kalian (isteri-isteri Nabi).” Setelah itu, turunlah ayat mengenai hijab.” (HR al-Bukhari)

Diriwayatkan dari ‘Umar ra, ia berkata

“Aku berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang baik dan yang jahat masuk menemuimu. Andai saja para ibu kaum Mukmin (isteri-isteri Nabi SAW) itu mengenakan hijab?” Setelah itu, Allah SWT menurunkan ayat tentang hijab.” (HR al-Bukhari)

Jadi jelas hukum purdah wajib kepada isteri-isteri nabi dan sedangkan kepada muslimah lain hukumnya adalah harus. Ada juga pandangan yang mewajibkan pemakain purdah wajib kepada semua wanita muslimah, kita wajib hormati sebagai sebuah ikhtilaf yang syar'ie. Tetapi sebelum ini tiada ulama' yang berani mengharamkannya. Jadi tidakkah mereka yang menyatakan purdah itu bukan sesuatu yang berasal dari Islam bahkan hanya adat telah menghina Rasullah dan Isteri baginda?

Pembahasan fiqh tentang perkara ini dibahaskan dalam halaqah Hizbut Tahrir dalam Kitab Nizamul Ijtimai'. Jika benar-benar ingin mendalami Islam, saya mengajak marilah datang ke halaqah Hizbut Tahrir. Banyak lagi khazanah Islam yang menjadi cahaya kehidupan diajar untuk kita amal dan dakwahkan.


ini sedikit sbyk sy perolehi mengenai pemakaian purdah nie.. dan saya de jgk copyright blik kata2 nie drp blog sy yang terdahulu.. bagi pendapat indivu saya, sometimes kita nie asyik fikirkan benda yg besar2 je, tapi benda2 yg kecik+wajib kita selalu lupa dan abaikan.. Papepon sebelum tu kite kena muhasabah diri dan btl istiqamah diri kite dahulu sebelum mengenakan niqab pada diri kite.. Muslim secara peribadi ni maksudnya, yang menjaga agama dan adab2 dalam ISLAM.. d'samping sy berkongsi mengenai maklumat ni sy m'peringati diri saya juga.. inshaAllah... hanya disini jua entry buat kx nie.. de pnambahan n kesilapan yg saya lakukan mintak d'teguri..... ^_^

3 comments:

  1. Blog yang bagus. harap saudari bersedia menjadi hamba2 Allah yang dipilih unutk memakai purdah jugak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete